Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Manchester United

Vardy tandatangani kontrak baru dengan Leicester

Penyerang ikonik Liga Perdana ini bersetuju dengan perjanjian satu tahun untuk kekal di kelab bagi musim ke-13. Penyerang Leicester City, Jamie Vardy, 37 tahun, telah menandatangani lanjutan kontrak satu tahun untuk kekal di Stadium King Power bagi musim ke-13. Penyerang lagenda Leicester ini telah memainkan peranan besar dalam kejayaan Foxes sejak kedatangannya dari Fleetwood Town pada tahun 2012, menjaringkan 136 gol Liga Perdana, 24 daripadanya datang dalam musim kemenangan ikonik Leicester pada 2015/16. Dia juga menjaringkan 18 gol musim lalu ketika kelab tersebut memenangi Kejuaraan dan memastikan kembali ke liga utama setelah mereka diturunkan pada 2022/23. "Untuk mencapai jumlah yang saya dapat [musim lalu], saya gembira dengannya, tetapi masih ada lagi yang akan datang," kata Vardy kepada laman web rasmi kelab. "Saya menjaga diri. Saya selalu berkata bahawa umur hanyalah angka. Kaki saya masih kuat jadi itulah sebabnya saya terus bermain sehingga kaki saya berkat

Musim Liga Perdana 2024/25 bermula secara rasmi!

Perubahan Liga Perdana untuk Musim 2024/25 Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Liga Perdana, perubahan dari kempen 2023/24 ke 2024/25 telah disahkan. Leicester City, Ipswich Town, dan Southampton kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada Liga Perdana selepas dipromosikan dari EFL Championship. Apa yang Telah Berlaku? Tiga kelab yang diturunkan - Burnley, Luton Town, dan Sheffield United - telah memulangkan sijil saham yang memberi mereka status Liga Perdana. Lembaga Liga Perdana kemudian mengesahkan pembatalan saham-saham ini. Sijil saham baru untuk Leicester City, Ipswich Town, dan Southampton telah ditandatangani oleh pengarah Liga Perdana dan setiausaha syarikat. Ketiga-tiga kelab ini telah dimasukkan ke dalam daftar saham, menjadikan status mereka sebagai ahli Liga Perdana rasmi. Liga Perdana menyambut mereka dengan menganugerahkan sijil saham berbingkai. Jadual Liga Perdana Diset Semula untuk 2024/25 Jadual Liga Perdana telah dikosongkan semula, dengan 20 kelab disusun mengikut

Anda peminat Manchester United dan ingin menonton MUTV?

  Biasanya, kita perlu mendaftar sebelum boleh menonton MUTV. Sekarang anda berpeluang untuk menonton secara PERCUMA tanpa perlu mendaftar. Apa yang anda perlu buat ialah klik pautan di bawah. Tonton MUTV sekarang!

Rooney: "Ramai pemain United patut dijual"

Wayne Rooney mengeluarkan kenyataan tegas mengenai skuad Manchester United, menyatakan bahawa banyak pemain perlu meninggalkan pasukan itu. Penjaring terbanyak sepanjang zaman United itu menyampaikan pendapatnya kepada SkySports selepas kemenangan 3-2 United ke atas Newcastle United. "Pasukan perlu dibina dengan Bruno (Fernandes) sebagai tunjang utama. Dia memiliki kualiti serta semangat juang yang tinggi. "Pemain lain perlu dilepaskan. Saya rasa pemain muda dan Bruno patut dikekalkan. "Akan ada ramai pemain yang akan keluar dari pasukan. Itu yang perlu dilakukan, tetapi ia mungkin mengambil masa dua atau tiga tahun." Ketika ditanya mengenai pemain seperti Andre Onana, Diogo Dalot, dan Harry Maguire, Rooney memberikan pandangannya. "Onana memulakan musim dengan agak perlahan, tetapi kini menunjukkan peningkatan. "Dalot telah menunjukkan prestasi terbaiknya, manakala Maguire tidak konsisten. "Untuk memberi cabaran yang lebih serius, United memerlukan p

Shearer: 'United terburuk pernah saya saksikan'

Alan Shearer mengecam 'pasukan Manchester United terburuk' yang pernah disaksikannya sekalipun jika Erik ten Hag mempunyai skuad penuh dan cergas untuk dipilih. United mengharungi musim mengecewakan dengan anak buah Ten Hag terdampar di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris menuju ke minggu terakhir kempen. Ketika mereka layak ke final Piala FA - yang mana mereka akan berdepan Manchester City - mereka berada di ambang penamat terburuk dalam era Liga Perdana, kalah dengan rekod 14 perlawanan dalam liga utama dan dibolosi 71 gol dalam semua pertandingan, paling banyak sejak 1971. Mereka tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, terbaharu dibelasah 4-0 oleh Crystal Palace dan tumpas 1-0 kepada Arsenal dengan persembahan hambar serta bumbung Old Trafford yang bocor.

Jose Mourinho kembali ke Manchester United untuk kali kedua?

Kedudukan Erik ten Hag tidak stabil di Manchester United, kini ramai memperkatakan kedudukannya dan calon pengganti warga Belanda itu. Jose Mourinho dikatakan akan mengurus Manchester United sekali lagi tetapi kelab tidak menunjukkan minat untuk memilihnya sebagai pengganti Ten Hag. Mourinho menerusi perbualan dengan teman rapatnya menyatakan hasrat bahawa beliau "akan kembali" ke Manchester untuk mengurus United untuk kali kedua, selepas dia dipecat pada Disember 2018. Pemenang Piala Liga Juara-Juara sebanyak dua kali itu adalah kawan baik kepada salah seorang pemilik United, Sir Jim Ratcliffe, tetapi Mourinho tidak mengharapkan pelawaan oleh bekas kelabnya itu. Pengurus United ketika ini, Erik ten Hag, telah mengalami kekalahan ke-13 dalam Liga Perdana musim ini dengan keputusan terkini adalah membabitkan kekalahan 4-0 ditangan Crystal Palace pada Isnin lalu. United kini berada di tempat kelapan Liga Perdana dan mungkin akan berakhir di kedudukan tempat ketujuh untuk kali p

Ten Hag: Pemain kami sepatutnya bermain lebih baik.

Erik ten Hag tidak puas hati dengan para pemainnya selepas Manchester United mengalami kekalahan 4-0 kepada Crystal Palace yang merosakkan harapan mereka untuk layak ke Eropah musim depan. Kini di tempat ke lapan, pasukan Ten Hag dibelakang Chelsea dengan perbezaan gol dan beza dua mata di belakang Newcastle United yang menduduki tempat keenam dengan baki tiga perlawanan lagi. "Sebagai pasukan Manchester United, kami sepatutnya bermain lebih baik," kata Ten Hag kepada laman web kelab. "Pemain yang tersedia sepatutnya bermain lebih baik. Ini adalah kekalahan yang layak kami terima. Persembahan kami jauh daripada yang kami jangkakan. "Anda tidak boleh menyalahkan satu pemain sahaja. Ini adalah persembahan pasukan. Lontaran masuk anda memberi gol pertama lawan, itu tidak sepatutnya berlaku. Kami gagal menyesuaikan diri dalam mengatur atau mengekalkan kawalan. Lima pemain tiada dalam posisi mereka dan pihak lawan mendapat lontaran masuk, itu tidak mungkin." "S


Sorotan video EPL






Kedudukan Liga Perdana Inggeris