Skip to main content

Kit Pasukan Liga Perdana untuk musim 2024/25 didedahkan!

Man Utd Antara kelab-kelab Liga Perdana yang telah mendedahkan kit baru mereka untuk musim 2024/25, dan ketahui cara untuk membelinya melalui kedai rasmi dalam laman web mereka. Arsenal Crystal Palace Liverpool Man City Spurs

Ten Hag: Pemain kami sepatutnya bermain lebih baik.

Erik ten Hag tidak puas hati dengan para pemainnya selepas Manchester United mengalami kekalahan 4-0 kepada Crystal Palace yang merosakkan harapan mereka untuk layak ke Eropah musim depan.

Kini di tempat ke lapan, pasukan Ten Hag dibelakang Chelsea dengan perbezaan gol dan beza dua mata di belakang Newcastle United yang menduduki tempat keenam dengan baki tiga perlawanan lagi.

"Sebagai pasukan Manchester United, kami sepatutnya bermain lebih baik," kata Ten Hag kepada laman web kelab. "Pemain yang tersedia sepatutnya bermain lebih baik. Ini adalah kekalahan yang layak kami terima. Persembahan kami jauh daripada yang kami jangkakan.

"Anda tidak boleh menyalahkan satu pemain sahaja. Ini adalah persembahan pasukan. Lontaran masuk anda memberi gol pertama lawan, itu tidak sepatutnya berlaku. Kami gagal menyesuaikan diri dalam mengatur atau mengekalkan kawalan. Lima pemain tiada dalam posisi mereka dan pihak lawan mendapat lontaran masuk, itu tidak mungkin."

"Saya tidak memikirkan ini [masa depan saya]. Saya menyediakan pasukan sebaik yang saya boleh. Kami mempunyai banyak masalah. Satu-satunya fokus yang saya adalah untuk bermain lebih baik dengan pasukan saya. Saya hanya memikirkan untuk membuat pasukan saya lebih baik.

"Anda tahu [betapa keputusan ini rosakkan usaha selama ini], terutamanya apabila tiba ke akhir. Bagaimanapun, kami masih positif denngan baki sembilan mata untuk kami perjuangkan. Kami harus memperbaiki segala kelemahan dengan segera sebelum Ahad ini."

Man Utd akan berdepan dengan Arsenal dalam perlawanan seterus mereka pada hari Ahad di Old Trafford sebelum menjadi hos kepada Newcastle dan mengakhiri musim dengan lawatan ke Brighton & Hove Albion.

Comments

Popular posts from this blog

Kit Pasukan Liga Perdana untuk musim 2024/25 didedahkan!

Man Utd Antara kelab-kelab Liga Perdana yang telah mendedahkan kit baru mereka untuk musim 2024/25, dan ketahui cara untuk membelinya melalui kedai rasmi dalam laman web mereka. Arsenal Crystal Palace Liverpool Man City Spurs

Vardy tandatangani kontrak baru dengan Leicester

Penyerang ikonik Liga Perdana ini bersetuju dengan perjanjian satu tahun untuk kekal di kelab bagi musim ke-13. Penyerang Leicester City, Jamie Vardy, 37 tahun, telah menandatangani lanjutan kontrak satu tahun untuk kekal di Stadium King Power bagi musim ke-13. Penyerang lagenda Leicester ini telah memainkan peranan besar dalam kejayaan Foxes sejak kedatangannya dari Fleetwood Town pada tahun 2012, menjaringkan 136 gol Liga Perdana, 24 daripadanya datang dalam musim kemenangan ikonik Leicester pada 2015/16. Dia juga menjaringkan 18 gol musim lalu ketika kelab tersebut memenangi Kejuaraan dan memastikan kembali ke liga utama setelah mereka diturunkan pada 2022/23. "Untuk mencapai jumlah yang saya dapat [musim lalu], saya gembira dengannya, tetapi masih ada lagi yang akan datang," kata Vardy kepada laman web rasmi kelab. "Saya menjaga diri. Saya selalu berkata bahawa umur hanyalah angka. Kaki saya masih kuat jadi itulah sebabnya saya terus bermain sehingga kaki saya berkat...

Musim Liga Perdana 2024/25 bermula secara rasmi!

Perubahan Liga Perdana untuk Musim 2024/25 Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Liga Perdana, perubahan dari kempen 2023/24 ke 2024/25 telah disahkan. Leicester City, Ipswich Town, dan Southampton kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada Liga Perdana selepas dipromosikan dari EFL Championship. Apa yang Telah Berlaku? Tiga kelab yang diturunkan - Burnley, Luton Town, dan Sheffield United - telah memulangkan sijil saham yang memberi mereka status Liga Perdana. Lembaga Liga Perdana kemudian mengesahkan pembatalan saham-saham ini. Sijil saham baru untuk Leicester City, Ipswich Town, dan Southampton telah ditandatangani oleh pengarah Liga Perdana dan setiausaha syarikat. Ketiga-tiga kelab ini telah dimasukkan ke dalam daftar saham, menjadikan status mereka sebagai ahli Liga Perdana rasmi. Liga Perdana menyambut mereka dengan menganugerahkan sijil saham berbingkai. Jadual Liga Perdana Diset Semula untuk 2024/25 Jadual Liga Perdana telah dikosongkan semula, dengan 20 kelab disusun mengikut...


Sorotan video EPL






Kedudukan Liga Perdana Inggeris