Skip to main content

Kit Pasukan Liga Perdana untuk musim 2024/25 didedahkan!

Man Utd Antara kelab-kelab Liga Perdana yang telah mendedahkan kit baru mereka untuk musim 2024/25, dan ketahui cara untuk membelinya melalui kedai rasmi dalam laman web mereka. Arsenal Crystal Palace Liverpool Man City Spurs

Haaland sebelah kaki untuk anugerah Golden Boot.

 

Empat gol penyerang Man City menentang Wolves menjadikannya unggul lima gol daripada pencabar terdekat dalam carta penjaringan.

Penyerang Manchester City, Erling Haaland meletakkan dirinya di tempat terbaik untuk merebut anugerah Castrol Golden Boots berturut-turut dengan empat golnya ketika menentang Wolverhampton Wanderers sekaligus meletakkan dirinya dalam senarai teratas carta penjaring Liga Perdana musim ini.

Alexander Isak dari Newcastle United bersama pemain Chelsea, Cole Palmer, berkongsi jumlah jaringan iaitu dengan 20 gol, satu gol di belakang Haaland.

Haaland menjadi pemain ketiga yang mencatatkan dua hat-trick di separuh masa pertama dalam pertandingan Liga Perdana, selepas Andrew Cole dan Michael Owen. Musim lalu, Haaland berjaya mendapatkan hat-trick ketika menentang Nottingham Forest.

Ini juga merupakan hat-trick ke-6 Haaland dalam Liga Perdana walaupun hanya baru musim keduanya di England dan selepas hanya 62 perlawanan.

Sementara itu, Haaland juga kini berada dalam kedudukan terbaik untuk melepasi rekod seorang lagi legenda penjaring gol Man City, Sergio Aguero.

Comments

Popular posts from this blog

Ipswich Town ke Liga Perdana

Kieran McKenna mengakhiri pengasingan 22 tahun Tractor Boys dari Liga Perdana dengan kemenangan melawan Huddersfield. Ipswich Town telah memastikan layak ke Liga Perdana untuk kali pertama sejak 2002. Kepulangan Tractor Boys ke pentas teratas dinoktahkan selepas mereka menewaskan Huddersfield Town 2-0 pada Sabtu. Musim 2024/25 akan menjadi musim keenam Ipswich di Liga Perdana. Mereka akan menyertai juara kejuaraan Liga 2023/24, Leicester City. Kedudukan tertinggi mereka dalam Liga Perdana adalah pada musim 2000/01 apabila mereka menduduki tempat kelima dan layak ke Piala UEFA 2001/02.


Sorotan video EPL






Kedudukan Liga Perdana Inggeris